Saturday, August 14, 2010

TIP BERBURU SEORANG PEMIMPIN


Di antaranya harus memiliki ciri - ciri seperti :
  • Watak Ndas uga Buntut: pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa yang dia tidak tahu karena kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari dari latihan dan pengalaman.
  • Watak Pakeman: pemimpin mesti berani memberi jawaban yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya.
  • Watak Losstrum: pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja, dengan menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus.
  • Watak Nyengli: pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Pada kebiasaannya, pemimpin yang baik jarang berkasar dengan orang-orang bawahannya.
  • Watak PENGERTEN:pemimpin yang baik pandai membahagiakan massa. Dia tahu bila massa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada.
  • Watak Iso rumongso: dalam sebuah organisasi terdapat pelbagai jenis manusia: ada yang malas, ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh diharap. Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Dia menerima hakikat sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada.
  • Watak Ngajeni: Pemimpin yang baik tahu dan mau berbincang dengan orang-orang bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak hanya pandai mengeluarkan arahan saja.
  • Watak Arung Samudra: pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai tugas dan manusia.
  • Watak NGGATOT KOCO: pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku kalah apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain. Dia sentiasa bersikap positif.

0 comments: